Pembunuhan beramai-ramai di No Gun Ri

Pembunuhan No Gun Ri ialah suatu insiden yang menyayat hati dalam sejarah peperangan dunia. Pembunuhan beramai-ramai ini telah terjadi ketika Perang Korea. Seramai 8 hingga 300 orang awam Korea Selatan yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Amerika Syarikat.[1] Pembunuhan telah dilakukan oleh para askar Regimen Kavalri ke-7 Amerika Syarkat (U.S. 7th Cavalry Regiment) di antara tanggal 1950-07-26 dan 1950-07-29 berdekatan perkampungan yang dikenali sebagai No Gun Ri. Insiden kekejaman tentera Amerika ini telah mendapat liputan hebat dan perhatian yang serius daripada Associated Press (sebuah syarikat akhbar terkenal Amerika Syarikat). Rencana pendedahan ini telah dikeluarkan secara bersiri pada tahun 1999 dan akhirnya berjaya memenangi Hadiah Pulitzer untuk anugerah laporan penyiasatan terbaik.[2] Perkampungan No Gun Ri terletak di Hwanggan-myeon, Kaunti Yeongdong, Chungcheongbuk-do, di pedalaman Korea Selatan.Dalam hari-hari pertama dalam tragedi Perang Korea, kumpulan pelarian telah bergerak bebas untuk melalui jalan awam bagi aktiviti harian mereka seperti ke kebun, kedai dan sebagainya. Namun tentera Amerika Syarikat telah menahan mereka (orang awam) supaya jangan melalui kawasan tersebut kerana atas alasan tentera Amerika telah menandakan kawasan sempadan diantara laluan tentera Amerika dan penduduk awam sedangkan tiada perjanjian yang pernah dibuat untuk dipersetujui atas perkara tersebut. Pihak tentera Amerika Syarikat sengaja membina garis Amerika tanpa keizinan dari penduduk tempatan. Askar Amerika Syarikat dalam pada itu telah berperasangka buruk dengan mengesyaki bahawa kumpulan-kumpulan seperti itu (orang awam) telah disusupi oleh tentera Korea Utara, namun itu tidak benar. Walaubagaimanapun jumlah kematian yang dicatatkan akibat pembuhan kejam oleh Amerika Syarikat tidak dicatatkan secara tepat kerana sumber sebenar jumlah kematian tepat di No Gun Ri disimpan oleh pemerintah Amerika Syarikat dan tidak di khabarkan pada umum, berdasarkan laporan terkini dari New York Times.[3] Pada tahun 1999, sebuah rencana dalam Associated Press telah menuduh tentera Amerika Syarikat telah membunuh, mengebom dan menembak para pelarian di No Gun Ri dari arah udara dan darat dengan menggunakan mesin penembak dari jarak dekat yang dibuat di bawah arahan dasar ketenteraan di Korea Selatan oleh Jabatan Ketenteraan Amerika Syarikat. Tuduhan ini amat berasas, kerana terdapat bukti yang kuat yang dapat ditentu sahihkan dalam perkara ini misalnya terdapatnya pengakuan langsung dari askar vateran Amerika Syarikat yang menganjurkan dan melakukan pembunuhan, saksi yang melihat kejadian dan mengalami sendiri tragedi dari kalangan penduduk No Gun Ri yang terselamat dari pembunuhan dan surat arahan yang dikeluarkan dari Jabatan Ketenteraan Amerika Syarikat yang masih tersimpan di Perpustakaan Washington. (berdasarkan penayangan laporan dari History (saluran TV Asia Tenggara)), namun begitu, pemerintah Amerika Syarikat di Rumah Putih terus menafikan perihal tersebut dengan mengatakan bahawa laporan AP itu sebahagiannya berdasarkan akaun langsung yang dipalsukan oleh Edward Daily.[2] Rekod tentera Amerika Syarikat pula membuat cadangan bahawa Daily bukannya seorang penembak Machine gun dan tidak pernah datang ke No Gun Ri.[4] Surat AP seterusnya telah membetuli kenyatan salah yang dikeluarkan oleh Daily dan apa-apa artikel berkenaan dengan insiden pembunuhan di No Gun Ri. Pada tahun 2001, tentera AS telah memberi respon terhadap akaun AP dengan laporan yang terperinci termasuk foto udara yang diambil pada tarikh 6 Ogos 1950 dan September 19, 1950.[5] Menurut analisis citra hawa Tentera Darat Amerika Syarikat menyimpulkan tidak ada sebarang bukti tubuh (mayat) atau perkuburan semasa, walaupun ada bukti pemberondongan dari serangan udara pada tarikh yang tak tentu di tempat berkenaan.[3][5] Kerana pihak tentera Amerika memberi alasan bahawa kematian yang besar yang melibatkan ramai kematian bukan mudah untuk diurai dengan cepat, pihak tentera Amerka Syarikat dalam laporannya telah menganggarkan jumlah kematian yang berlaku dalam insiden No Gun Ri tidak lebih daripada 50 orang pelarian awam yang terbunuh. Laporan AP memberi respon bahawa tubuh badan yang selebihnya mungkin telah diletakkan di bawah jambatan dan di bawa lari oleh penduduk selepas pembunuhan yang berlaku selama 3 hari 3 malam. Surat khabar Korea Utara dalam rencananya telah melaporkan sebanyak 400 orang awam yang tidak berdosa telah dibunuh dengan sengaja oleh tentera Amerika Syarikat. Laporan akhbar ini telah dibuat selepas 3 minggu pembunuhan beramai-ramai berakhir.[3] Laporan dari Tentera Korea Utara telah menganggarkan lebih daripada 150 orang awam telah dibunuh dengan sengaja oleh tentera Amerika Syarikat.[6]

Pembunuhan beramai-ramai di No Gun Ri

Hanja 老斤里良民虐殺事件
Hangul 노근리 양민학살사건[1]
McCune–Reischauer Nogŭn-ri yangmin halsal sagŏn
Perumian Semakan Nogeun-ri yangmin halsal sageon

Rujukan

WikiPedia: Pembunuhan beramai-ramai di No Gun Ri http://www.asianweek.com/1999_12_23/feature_nogunr... http://www.encyber.com/search_w/ctdetail.php?maste... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.henryholt.com/nogunri/index.htm http://www.livejournal.com/users/bailey83221/35873... http://www.mediainfo.com/eandp/news/article_displa... http://www.nola.com/newsflash/topstories/index.ssf... http://partners.nytimes.com/library/world/asia/100... http://select.nytimes.com/gst/abstract.html?res=F2... http://rokdrop.com/2007/01/16/controversies-of-the...